Thursday, July 06, 2006

All the best

had a chat with my 2 old friends. One is graduating as a dentist, waiting to be posted God-knows-where-to. The other is heading towards Manchester this coming August for his master. He's even featured in The Sun today.

To both of you, congratulations and all the very best in your new 'world'.

people are going places.

Monday, July 03, 2006

Reason

Finally, a reason to blog. Please proceed to here .

Oh my...

Tuesday, April 18, 2006

Tengah sengkek

Prolog:

Cermin mata pecah. "Buta" sehari setengah. Baru tahu nikmat mata. Terbang RM250.



Monolog:

Pi TM Group Awards kat Dewan Merdeka, PWTC. Blazer, kemeja, tali leher oren semuanya pinjam kat orang. Miskin sungguh.

Epilog:

Cane boleh lari tak hingat bajet bulan ni nihhhh? Hukhuk..

Wednesday, March 29, 2006

the cursed land

sekitar our trip to langkawi. makam mahsuri, beras terbakar, underwater world, pantai cenang and kuah's shopping were the agenda.



The highlights. From top left going right, in no particular order:
1. Ayang vs. the legendary Mahsuri
2. Pose @ Pantai Cenang
3. African Penguin mencari erti hidup @ Underwater World
4. View at one of the bridge @ Cable Car
5. Jalan Dang Wangi kat Langkawi?
6. Bukan ABC, bukan ais krim. Tapi lagi sedappp.
7. Ayang in cable car. Goyang goyang.
8. View from 1st cable car transit. The air: purest.
9. Sunset view at 723 metre above sea level. Priceless.
10. Muahss
11. Mr Nemos
12. Cik itik yang dabomb tapi pemalu @ Underwater World.

Monday, March 20, 2006

Tiada Lagi Kasih

Kudos to In Team for a very good album, the best so far. Segenggam Tabah cukup berhantu, hasil seni lagu dan lirik yang indah nian, TanpaMU was superb and Pemergianmu berjaya buat aku menangis.

Highly recommended. Dapatkan yang ori tuan tuan di stor-stor musik berhampiran.

SEGENGGAM TABAH

Betali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namum tak pernahpun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup di palu
Pasti bertemu tenangnya
Akmal Mirwana

Tuesday, February 28, 2006

hidrokarbon

The inevitable has arrived. No need for further discussion whatsoever. It’s much better to live a kampung life nowadays, than to endure this slow-but-sure torture.

BLR maybank pun dah naik 6.5% my friend.

Jangan melatah mizie, jangan..

Tuesday, February 21, 2006

Masterpiece

I cannot do justice to PGLM. Superb talents both voice and acting, world-class live performing acts, execution efficiency at the highest level, theater set & props beyond your wildest imagination (they literary 're-invent' the beautiful free-flowing Ledang waterfall, bukan bumi sebarangan, on stage my friend, and the name “Malacca” was honored to the fullest by the magnificent detailed wooden-carved balairong and port set).

And whoever the music directors and choreographers were, they are geniuses. Marriage of modern music with percussions that creates the harmony and vibration you can’t stop singing and dancing with. Dah lama bulu roma tak meremang dek sedapnya lagu. Sound and lights with special effects were 100x better than of those in film, and they were real.

Stephen the Tuah sure can sing with all the background, Tiara was outstanding for a live performer, Adlin was at his true best, and AC Mizal, he got my standing ovation for a first timer. There’s also one scene where Adlin the Sultan, singing and dancing tak tumpah macam the sombong Emperor’s New Groove animation, with all the pak pacak et all, before he became the donkey. Sebijik tak hingat, and it was so entertaining.

You can’t help but admiring. Although you knew the plot from start to end, it still surprises you in great many ways. Betapa rapuhnya Kandipaten melawan Demak dalam perang saudara, gahnya nama Melaka bumi bertuah dan Laksamananya, cinta terlarang sang puteri, setianya rakyat pada Sultan, sekali hatinya terluka, se-Melaka terasa pedihnya. Plus the scene where the cutest Raja Ahmad will be sacrified for a bowl of his blood. Emosi terbuai my friend, and it was good. 3 hours straight with 15 min. inter-mission were the most unforgettable experience.

From YamTuan Besar Negeri Sembilan & wife whose around that night, to the 7-years-old Afif, all will fall to this epic. Kudos. To the team, pat your back and call yourselves geniuses. This is the next level.

Definitely will buy the DVD and soundtrack (if any) later on. This masterpiece lived-up to the billing, dan layak officially menjadi sekeping DVD pertama yang akan aku beli dalam sejarah 26 tahun hidup aku.

Wednesday, February 08, 2006

kartun

9:00 malam, baru usai dinner dengan ayang sambil menganalisa buletin utama. Kata-kata Presiden Denmark yang memaklumkan dunia bahawa dia baru dihubungi oleh Presiden Bush, menyatakan sokongan terhadap kempen anti-keganasan yang sedang dialami oleh semua konsulat diplomatiknya di seluruh dunia seolah menyimbah minyak petrol gred tertinggi ke atas api yang telah lama terlalu marak berapi.

Maaf? Jauh sekali.

Tak sudah dengan Palestin & Aqsa, Afghanistan, Iran, Iraq dan lain-lain, yang terbatas sempadan geografi kemusnahannya. Kartun ini umpama mencabar seluruh dunia Islam.

Aku terhidu perang makin hampir. Kiamat? Mungkin. WMD ada di mana-mana.

Bersediakah kita tinggalkan segalanya, dan sahut seruan jihad bila tiba waktunya? Isteri tersayang, ibu ayah tercinta, adik-adik sahabat handai & saudara. Berguna lagi kah akaun KWSP,Maybank & BCB yang tak seberapa, hutang kereta 1.5l, kad kredit guna buat hutang bergaya. Kawan-kawanku yang baru menimang cahaya mata pertama dan kedua. Tak lupa yang dah beli rumah tapi yang terpacak baru hanya tiang serinya sahaja. Yang belum kahwin. Yang dah pergi haji?

Sempat ke generasi dumex dugro ini membesar?

To let go? Kerja di Premier Internet Service Provider? Tiada lagi badminton hujung minggu? Pool, snuker & futsal? Hoya-hoya birthday? Sempat ke main PS3 atau jejak rumah baru atas duit titik peluh sendiri? Atau cita-cita nak buka hotel dan bisnes sendiri? Atau naiktaraf kerja jadi CCIE, or even HelpDesk regional Shell with RM300/hour?

Hidup di Kuala Lumpur
dosa pahala bercampur..

Akibat perang tak usah dicerita. Peta berubah. Ekonomi berubah. Tidak ada apa yang serupa seperti dulu lagi. Kita di Malaysia, generasi ini, tidak biasa dengan keadaan itu. Mungkin hidup terlalu sukar dan mati jadi jalan paling mudah (buat yang tidak kuat semangatnya, seperti aku dan kau). Tanyalah nek wan zaman duit pisang. Dia lebih mengerti. Dan dia sendiri telah pergi dari sisi, tanpa sempat aku cuba menyelami.

Tidak sukar untuk memulakannya. Bermula dengan kartun. Oh bukan, segala telah lama bermula, dan diburukkan lagi dengan risalah ini. Bangkitnya rusuhan dan protes umat Islam. Kemudian ada pihak luar yang langsung tidak ada kaitan dengan Islam, mula membedil kedutaan Eropah. Pakai serban itam tunggang terbalik, simpan jambang sikit, TARAA! pi buat suprise kat pejabat Lego. Amerika dan sekutunya, tanpa perlu menyiasat lagi, tuding ke arah Islam, dan mula menekan menggunakan sekatan ekonomi. You calculate the rest.

Avalanche is inevitable. Semuanya kerana seorang kartunis bodoh atas nama kebebasan bersuara.

Banyak lagi yang mengalir di kotak minda ini, tetapi mental block ini terlalu tebal. Dan seperti kau, aku terlalu takut memikirkan kemungkinannya.

Sementara itu, di kaca flat screen 25" itu, Mei Ling (Angelina Tan) dalam Senario pula sedang claim dekat Shamsul Ghau Ghau yang dia kini hidup sebatang kera? eh sekangkang kera?

Bersedia atau tidak, kita wajib menyahutnya, apa kala seruan itu tiba, period

dan aku belum isya' lagi.

Monday, February 06, 2006

hijrah

Sebelah kiri dewan dapat 43.6%. Sebelah kanan di mana kami duduk, dapat 50% markah. Kena usaha lagi...

Kat UKM Bangi minggu lepas diadakan konsert sempena Islamic Festival (i-Fest). Raihan, In-Team and few others. Pertama kali nengok konsert nasyid dapat duduk bahagian "family" :) Ayang & adik ipar turut menemani.

Tapi memang best setelah sekian lama tak meremang bulu roma nih dengar mesej yg nak disampaikan. Raihan of course, steal the limelight, walaupun semua yg dinyanyikan cuma lagu-lagu lama. Yang menarik, pure live ok! termasuk la percussion mantap dari ASK (feewit!), tak main la miming/minus one/drum machine. In-team tak kurang hebatnya, semuanya lagu-lagu baru dan boleh tahan.

Tertarik ngan komen yang Raihan buat terhadap penonton. Beza antara penonton nasyid Malaysia dengan overseas (mind you, setiap bulan dalam kalendar 2005 & 2006 Raihan pegi oversea skang (London, Johannesburg, Indonesia, Russia, etc, Siti pun tak camtu beb). Raihan cakap, kalau kat sana, bila dengar Raihan nyanyi, penonton ikut nyanyi sekali kuat kuat. Kemudian, kalau start dan selesai satu lagu, depa tepuk tangan dengan semangatnya (waima ada khilaf). Aku seperti faham apa yg mereka nak sampaikan. Seperti dapat rasa apa yang Raihan rasa. Semacam bumi di luar sana lebih menghargai apa yg diperjuangkan. The demand for pure nasyid out there is genuine. Mereka dahagakan seni indah ini.

Dulu mungkin lain. 600,000++ unit album pertama mereka terjual bukan main main. Bukti kukuh nasyid pasca-Arqam boleh menembusi halwa telinga dengan mudah. Tapi sekarang situasi agak berbeza. Terlalu banyak "kumpulan nasyid" yang tumbuh dengan identiti & muzik tersendiri, dengan pelbagai gaya, kononnya untuk cater pelbagai lapisan masyarakat. Aku tak salahkan mereka. Yang penting mesej. Itu yang membezakan nasyid dengan segala yang lain.

Tersentak ngan teguran itu, penonton-penonton kat depan & tepi aku yg pada mulanya dok toleh nengok aku sebab aku nyanyi sama-sama, pun dah ikut serta. Dewan konvo UKM bergema semula. Jauh dari niat mengagungkan Raihan, apa yang aku agungkan adalah usaha mereka: dakwah Islamiah melalui seni. Mungkin ada khilaf, salah dan silapnya, tapi sekurang-kurangnya mereka berusaha. Kita?

hijrah ini memang susah
hijrah ini memang payah
hijrah ini menuju Allah..

Thursday, February 02, 2006

sekuel

baik punya cilok vs buli balik

pegi nengok kat midvalley ngan ayang. Baik punya cilok was soo good that buli balik made me laugh only twice the whole movie. down skit la encik afdlin.

kenapa sekuel mesti jadi tak sedap ek? bleh kira ngan jari jela sekuel yg lebih sedap. bourne, lotr for instance. yg lain sori.

takmo dah nengok sekuel. at least not via widescreen.

Friday, January 06, 2006

'05

2005 dalam kenangan


  1.  Nek Wan pergi ke alam abadi. 9 Februari 2005, pagi aku baru je keluar dari pagar ingin bertolak ke Terengganu untuk kenduri Aziah.

  2.  Laptop ilang. Kancil kena kopak kat KPV. 6 April 2005.

  3.  Cherating ’05 – Reunited, once more…- 15 April 2005. Well worth all the efforts.

  4.  Bonus 2004. 1 Julai 2005. Alhamdulillah.

  5.  Bini #2 dapat dulu. WNC 1508. 15 Julai 2005. Abeh duit bonus ambo.

  6.  Balik KB setelah sekian lama. Kenangan cukup manis. Main bola dalam hujan dengan seronoknya (tanpa side-effect demam selepas itu!). 4 Ogos 2005.

  7.  ESOS. 6 Oktober 2005 (duit jugak tu bang).

  8.  TM Net’s Reward & Recognition. Oktober 2005.

  9.  Nikah. Kampung Paloh, Palekbang. 6 November 2005. Siti Azlida bt. Ibrahim, the love of my life, my soulmate. Abang saaayangg ayang!

  10.  Kenduri kesyukuran. Masjid Putrajaya, 11 November 2005. Syukur.

  11.  Our pre-honeymoon@ Fraser. 24 Disember 2005. Tau bahagia tu ape?

It didn’t startup well, but it’s worth of remembrance. Milestones were achieved my friend, and it felt soo good. A few targets remain to be forwarded to 2006, including THAT one. So pray for me!

Oh-ya, hepi besday to me. Thanks for all the warm wishes dearest sayang and friends!

Thursday, December 22, 2005

there and back again..

demmit, nak remove link aku?

it's been quite a while. sori la kawan2. don't feel like composing anything. yet life as a married guy is a bliss.

so, for the sake of updating, here's a few link to our wedding pics:

1. Click here for shooting around Putrajaya (SimpleViewer version) by my good friend Biggu

2. Click here for our fotopage. a few pics at KB and Putrajaya.

3. Jojet's fotopages

4. Biggu's fotopages

More to come. Till then, happy selling xpax & streamyx!

Tuesday, October 18, 2005

in case you've missed it

well, it's T-19 my fren, and the mixed feeling goes on and on.

will i be good enough a husband-to-be?
will i?
can i?
....

Saya Armizy Abdullah Shukri dan tunang Siti Azlida Ibrahim @ Ghazali dengan rasa syukur ingin menjemput tuan/puan ke majlis kesyukuran sempena pernikahan kami selepas Aidifitri nanti. Butiran lanjut sila klik di sini. Jemput datang ye :)

jeng jeng jeng.. manjang jeng jeng je, haih..

Wednesday, September 28, 2005

yey!

mak aii, lamanyeh tak post something. Haih..

jeng jeng jeng jeng jeng jeng

dah dapat? kalau blom bagitau ye. Harap bersabar semuanya ye. Datang tau jgn tak datang.